Pengantin Bahru Sedia Terima Dugaan. Isteri Akan Pergi Dalam Masa 1 Tahun Lagi Disebabkan Kanser Tahap Kritikal. Bahgiakanlah Dia Sehabis Baik Sang Lelaki..



Kisah yang akan disampaikan dalam artikel ini memang cukup menyentuh perasaan di mana bagaimana seorang suami yang mengambil keputusan untuk mengahwini isterinya yang telahpun disahkan menghidap penyakit kanser tahap empat.

Demi cinta antara mereka berdua yang cukup mendalam dan ketentuan jodoh, couple ini ini akhirnya melangsungkan ijabkabul.

Sama-sama kita doakan agar penyakit kanser yang dihadapi oleh isterinya , doktor Idzni Dalila ni dapat dikurangkan dengan izin Allah dan kekal bahagia hingga akhir ke jannah . Amin..

Ramai yang mempersoalkan kenapa dia memilih untuk berkahwin dengan pasangannya yang menghidap kanser tahap 4?



Lelaki ini telah membuat pilihannya untuk berkahwin gadis pilihan hatinya itu dengan cepat, malah mereka tak pun dating seperti couple2 yang lain.

Cuma beberapa orang sahaja yang tahu tentang rancangannya untuk berkahwin dan dengan siapa pasangannya. Ramai juga yang mempersoalkan kenapa dia memilih untuk mengahwini bakal isterinya yang merupakan seorang pesakit kanser tahap 4.

Kanser menjadikan isterinya seorang wanita yang lebih gagah dan kuat


Kadang-kadang lelaki ini merasakan situasi tersebut tak masuk akal. Dia bukanlah jenis orang yang memilih pasangan berdasarkan rupa.

Tanggapan negatif sesetengah orang tentang penyakit kanser membuatkan lelaki ini ingin meneruskan ikatan dengan wanita pilihannya itu.

Malah penyakit kanser itu telah membuatkan isterinya menjadi seorang yang berdikari, berani, dan kuat.. Justeru itu, dia dapat rasakan isterinya adalah seroang yang unik dan punyai personaliti yang menarik.

Pasangan jarak jauh kerana isteri belajar di London





Setelah 6 bulan mengenali antara satu sama lain, mereka akhirnya berkahwin pada tarikh sehari selepas tarikh hari lahir lelaki ni dan kemudian mereka menjalani hubungan jarak jauh sebagai suami isteri. Ia kerana isterinya telah melanjutkan pelajaran di London.

Dia tidak tahu berapa banyak masa yang diberikan kesempatan oleh Tuhan kepadanya untuk membuatkan isterinya gembira, malah dia juga tidak tahu berapa banyak ‘masa’ yang mereka ada. Mengenal situasi isterinya sekarang membuatkan lelaki ini ingat dan berserah kepada Tuhan.

Walaupun tidak sampai setahun usia alam rumahtangga mereka, lelaki ni yakin bahawa keputusan untuk mengahwini isterinya adalah merupakan satu pilihan yang sangat tepat.

Sumber: Instagram Kamal Effendi via utusanmalaysian.blogspot.com
Suami Durjana! Isteri Dalam Pantang Di Tendang Oleh Suami HinggaPengsan Selama 1jam

Suami Durjana! Isteri Dalam Pantang Di Tendang Oleh Suami HinggaPengsan Selama 1jam

Isteri Dalam Pantang Ditendang Suami
“ Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan. Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain. Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.
“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan. “Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan. Sumber :  myMetro
SAYA TAHU DIA MASIH ISTERI ORANG KETIKA KELUAR BERSAMA - ADI PUTRA

SAYA TAHU DIA MASIH ISTERI ORANG KETIKA KELUAR BERSAMA - ADI PUTRA

Pelakon Adi Putra mengaku isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 33, masih berstatus isteri ketika mengenali wanita tersebut.

Saya Tahu Dia Masih Isteri Orang Ketika Keluar Bersama Adi Putra


Bagaimanapun pengakuan tersebut dibuat Adi selepas diasak soalan yang sama berulang kali.

Dalam masa sama, Adi menolak dakwaan menjadi punca penceraian Shahida dan bekas suaminya, Rahizam Rahimpudin.

"Ya, saya tahu saya keluar dengan isteri orang. Tetapi tak perlu saya selidik apa yang berlaku dalam rumah tangga dia (isteri kedua) dan bekas suaminya.

"Kerana bagi saya apa yang berlaku dalam rumah tangga dia dan suaminya sebelum ini adalah aib mereka.

"Namun untuk mengatakan saya yang menjadi punca penceraian mereka, saya menolak dakwaan tersebut," katanya kepada Astro Gempak.

Adi ditemui dalam satu sidang media yang berlangsung di Casa Ombak, Ampang pada petang Isnin.

Menerusi sidang media tersebut Adi turut menafikan perkahwinan keduanya disebabkan zuriat.

"Saya berkahwin bukan kerana zuriat. Zuriat bukan seperti ke bengkel kereta. Saya dan Aida tidak pernah berselisih faham kerana anak, kerana anak adalah amanah.

"Jadi saya menolak perkahwinan kedua saya disebabkan zuriat," katanya yang turut menolak dakwaan mengahwini Norshahida kerana perniagaan.

Dalam pada itu Adi menjelaskan, isteri pertamanya Aida Yusof, 41, mengetahui tentang perkahwinan keduanya.

"Aida jawab tidak tahu kepada wartawan yang bertanya kepadanya sebelum ini kerana dia memegang amanah.

"Sebagai suami, saya bangga dengan tindakan Aida kerana dia menyerahkan kepada saya untuk menjawab semua persoalan.

"Sebagai ketua keluarga, biarlah saya tampil ke depan menjelaskan tentang perkara (perkahwinan) tersebut. Tidak terlintas untuk saya merahsiakan perkahwinan kali kedua ini cuma ia tersebar ketika saya belum sempat untuk mengumumkannya kepada semua," katanya.

Majlis sidang media turut digemparkan dengan kehadiran bekas adik ipar isteri kedua Adi.
ABANG SAYA TIDAK BERSALAH - BEKAS ADIK IPAR ISTERI KEDUA ADI PUTRA

ABANG SAYA TIDAK BERSALAH - BEKAS ADIK IPAR ISTERI KEDUA ADI PUTRA

Abang Saya Tidak Bersalah Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Adi Putra


Bekas adik ipar kepada isteri kedua Adi Putra, Farah Erliani Rahimpudin mengakui abangnya tertekan selepas pelakon Adi Putra menyiarkan nombor telefon abangnya di laman Instagram.

"Abang saya tertekan kerana selepas Adi mendedahkan nombor telefon abang saya di laman sosial, dia menerima banyak panggilan," kata Farah kepada Astro Gempak.

Hadir di sidang media penjelasan Adi Putra yang diadakan di Casa Ombak, Jalan Ampang pada Isnin, Farah menjelaskan yang abangnya tidak terlibat dalam penyebaran status sebelum ini.

"Adi mengenali isteri keduanya ketika dia masih bergelar isteri kepada abang saya sekitar September 2015. Tujuan saya hadir ke sidang media ini adalah untuk menjelaskan mengenai keadaan sebenar dari pihak abang saya dan melindungi abang saya.

"Bukan abang saya yang menyebarkan dan memviralkan perkara ini di laman sosial. Kami tidak mahu memburukkan Adi tetapi ada pihak yang mengatakan sebaliknya," katanya sebelum diminta Adi untuk meninggalkan majlis.

Sebelum ini, Adi memuatnaik sebuah entri di laman Instagram yang mengandungi gambar dan nombor telefon bekas suami kepada isteri keduanya.

'Pelajar Itu Yang Bermasalah, Tolong Forward Cerita Sebenar' - Md Sukhairi Osman


Assalamualaikum. Semalam, gempar cerita cikgu tampar budak di Batu Gajah. Ramai yang memberikan komen menyalahkan guru semata-mata. Jadi, saya mendiamkan diri saja dan membaca komen-komen yang diberikan.  

Sebenarnya, cerita ini bermula pada hari Selasa lagi. Pelajar tersebut memakai baju yang dikecilkan mengikut body, tudung kecil, dan alis mata diukir. 

Cikgu Huslin yang membuat spot check pada masa itu, menahannya dan mengarahkan baju ditetas/dibuka jahitan dan membebel serta kata-kata kesat keluar dari mulutnya. Cikgu Huslin naik marah dan beri penampar yang taklah kuat sangat. 



Hari Rabu, dia tidak hadir ke sekolah. Hari Khamis, pelajar itu datang kembali ke sekolah dan berjumpa dengan Pengetua. Maka dia banyak menjawab dengan Pengetua, tidak seperti budak-budak lain. 

Gambar yang diviralkan itu adalah gambar lama pelajar ini dimasukkan ke wad kerana terjatuh di bilik air di rumahnya dan mendapatkan rawatan doktor. 


Kenyataan mendakwa pelajar itu koman ditampar oleh ustazah Huslin itu adalah tidak benar. Ibu bapanya viralkan kerana tidak berpuas hati dengan Cikgu Huslin dan Pengetua tentang permasalahan disiplin anaknya. Itu ceritanya, tolong forward cerita sebenar. - Md Sukhairi Osman

'Memang Aku Sengaja Pakai Pakaian Selekeh & Kereta Buruk Bila Pergi Reunion'

Pada suatu petang pada hari cuti, seorang sahabat telah mengajak saya menemaninya ke kedai spare parts. Saya dengan rela hati menemaninya lalu kami pergi ke bandar Klang. 

Usai membeli barangan yang dikehendaki, dia mengajak saya mengikutnya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya. Sudah tentu saya rasa keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa di situ. Tambahan pula pada ketika itu saya berpakaian agak selekeh. Namun dia tetap mendesak saya mengikutnya membuatkan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya. Dia berjanji, perjumpaan itu hanya sekejap sahaja. 

Di restoran berhawa dingin itu, beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual di dalam kelompok-kelompok kecil. Di luar, terdapat deretan kereta-kereta mewah. Dia masuk berjumpa dengan mereka dan bertegur sapa. Rata-rata mereka sudah lama tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah berpuluh tahun. 


Saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya. Apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa menghadiri kenduri jiran sebelah rumah. Saya hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan makanan yang terhidang. Saya dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompok. Ada kelompok guru, businessman, kakitangan kerajaan, suri rumah dan penyendiri. Sahabat saya disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, keluarga, kerja dan kereta yang dipakai. Ya, itulah soalan yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis tersebut. 

"Woi! Kau pakai kereta apa sekarang?" 

Saya yang mendengar turut terasa jengkel. Ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan show off kereta? Lebih memualkan apabila ada sahabatnya yang terang-terang bercerita mengenai perniagaannya yang besar, berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar negara.  

Sahabat saya hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala. Tidak mahu merintang angin sahabatnya yang mendabik dada sudah menjadi orang ada-ada. Dua jam berlalu, sahabat saya mengajak saya pulang. Dia menemui sahabatnya yang lain dan memberitahu terpaksa pulang untuk menyertai isterinya di kenduri jiran rumah mereka. Rata-rata hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengendahkan sahabat saya lagi. Hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori sehingga kereta. Mereka masih berbual-bual. 

Kira-kira 20 minit dan bergelak ketawa, mereka bukan calang-calang orang. Salah seorang adalah pengarah agensi kerajaan dan seorang lagi ahli perniagaan. Mereka berkekek ketawa bercerita tentang peristiwa melastik burung, memedap ikan puyu di paya dan dihambat jiran setelah mencuri durian. 

Apabila ingin bersurai, saya tengok mereka berpelukan mesra dan saling bermaafan. Air mata mengalir di pipi masing-masing. Di dalam kereta, saya bertanya pada sahabat saya itu, kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya? Dia mempunyai kereta BMW, Mercedes, Honda, Toyota Hilux dan beberapa lagi kereta mewah yang lain. Tetapi Proton Wira yang sudah berusia buruk ini juga dibawanya. 

"Memang saya sengaja. Saya nak melihat perangai sebenar sahabat-sahabat saya yang dahulu makan sepinggan dan susah senang bersama. Jadi akhirnya saya tahu saya sebenarnya hanya ada dua sahabat yang masih menganggap saya sahabat karib mereka. Sahabat tanpa syarat." katanya.

Saya diam dan termenung sendiri. Saya sedar bahawa rumah cuma tempat berteduh, kereta cuma alat pengangkutan, pakaian cuma alas diri. Kita mampu memiliki dan mengganti kesemuanya itu bila-bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilihan yang ada di tangan kita. Ternyata harta yang dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak persahabatn. Namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, persahabatan akan kekal sehingga ke hujung nyawa. - Nain Hanafiah 

Sultan Johor Tanya Berapa Ramai Pelajar Dan Cikgu Join Aktiviti Perkemahan. Ingatkan Nak Buat Apa....





Peristiwa ini pastinya akan menjadi kenangan terindah buat guru-guru dan pelajar SMK Kangkar Pulai, Johor Bahru.

Semuanya bermula ketika pihak sekolah mengadakan aktiviti kem motivasi di Kem Pusat Kemecerlangan  Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing p ada  20hb Julai 2016 yang lalu.

Pada ketika itu sekumpulan pelajar sekolah tersebut sedang menjalankan aktiviti riadah petang di pantai berhampiran dengan Istana Sri Mersing di Mersing milik Sultan Ibrahim.

Tiba-tiba mereka ternampak Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, sedang memandu sebuah Land Rover berwarna oren dengan nombor pendaftaran ZZZ 1, memang biasalah bagi golongan remaja sebaya mereka tentulah berasa sangat teruja apabila individu yang disanjung tinggi itu berada betul-betul di depan mata mereka.

Lalu dengan gembiranya mereka mengejar dan melambai-lambai kereta itu sambil memanggil 
"Tuanku, Tuanku''untuk mendapatkan perhatian Tuanku Sultan.

Sultan Ibrahim sebagai sorang sultan yang sayangkan rakyatnya tidak menghampakan dan telah berkenan untuk memberhentikan kenderaannya dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar tersebut dan tidak menolak untuk selfie bersama. Senyuman di bibir baginda sentiasa terukir apabila melihat gelagat pelajar-pelajar tersebut yang mengerumuni kenderaan baginda.

Salah seorang pelajar  menjemput Baginda untuk sama-sama dengan mereka ke Pusat Kem motivasi itu.

Tuanku Sultan kemudian bertanya berapa ramai pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam perkhemahan itu, dan berapa lama mereka akan berada di sana.

Pelajar tersebut memberitahu Baginda, terdapat 80 orang murid yang terlibat dengan perkhemahan itu.

Namun begitu baginda tidak dapat datang untuk mencemar duli ke kem tersebut kerana Baginda terdahulunya mempunyai komitment lain

Mereka begitu gembira kerana Tuanku Sultan telah membenarkan mereka mengambil gambar foto "selfie" bersama Baginda.

Setelah itu baginda pun beredar dengan kenderaan baginda meninggalkan kumpulan pelajar tersebut yang seronok dengan pengalaman bertemu baginda Sultan Ibrahim.

Rupa-rupanya hal itu tidak berakhir setakat itu sahaja.

Semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang menghadiri kem motivas tersebut menerima satu "surprise" dari Tuanku Sultan.







Pada petang itu juga, 150 bungkusan KFC "Dinner Plate" telah dihantar ke pusat Kem tersebut dengan pesanan dari Baginda : 

 
"Nikmati hidangan malam anda, belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru anda."


|| KLIK DI SINI UNTUK TUTUP ||