

Semuanya bermula ketika pihak sekolah mengadakan aktiviti kem motivasi di Kem Pusat Kemecerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing p ada 20hb Julai 2016 yang lalu.
Pada ketika itu sekumpulan pelajar sekolah tersebut sedang menjalankan aktiviti riadah petang di pantai berhampiran dengan Istana Sri Mersing di Mersing milik Sultan Ibrahim.
Tiba-tiba mereka ternampak Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, sedang memandu sebuah Land Rover berwarna oren dengan nombor pendaftaran ZZZ 1, memang biasalah bagi golongan remaja sebaya mereka tentulah berasa sangat teruja apabila individu yang disanjung tinggi itu berada betul-betul di depan mata mereka.
Lalu dengan gembiranya mereka mengejar dan melambai-lambai kereta itu sambil memanggil "Tuanku, Tuanku'', untuk mendapatkan perhatian Tuanku Sultan.
Sultan Ibrahim sebagai sorang sultan yang sayangkan rakyatnya tidak menghampakan dan telah berkenan untuk memberhentikan kenderaannya dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar tersebut dan tidak menolak untuk selfie bersama. Senyuman di bibir baginda sentiasa terukir apabila melihat gelagat pelajar-pelajar tersebut yang mengerumuni kenderaan baginda.
Salah seorang pelajar menjemput Baginda untuk sama-sama dengan mereka ke Pusat Kem motivasi itu.
Tuanku Sultan kemudian bertanya berapa ramai pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam perkhemahan itu, dan berapa lama mereka akan berada di sana.
Pelajar tersebut memberitahu Baginda, terdapat 80 orang murid yang terlibat dengan perkhemahan itu.
Namun begitu baginda tidak dapat datang untuk mencemar duli ke kem tersebut kerana Baginda terdahulunya mempunyai komitment lain
Mereka begitu gembira kerana Tuanku Sultan telah membenarkan mereka mengambil gambar foto "selfie" bersama Baginda.
Setelah itu baginda pun beredar dengan kenderaan baginda meninggalkan kumpulan pelajar tersebut yang seronok dengan pengalaman bertemu baginda Sultan Ibrahim.
Rupa-rupanya hal itu tidak berakhir setakat itu sahaja.
Semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang menghadiri kem motivas tersebut menerima satu "surprise" dari Tuanku Sultan.
Pada petang itu juga, 150 bungkusan KFC "Dinner Plate" telah dihantar ke pusat Kem tersebut dengan pesanan dari Baginda :
"Nikmati hidangan malam anda, belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru anda."


